
Jom Jadi Rakan Dakwah Saya!
Bertuah saya andai saudara sudi menjadi rakan dakwah saya dalam menyebarkan ilmu menerusi karya-karya saya. Menerusi program affiliate ini saya mengajak saudara menguaruarkan kepada keluarga dan kenalan tentang manfaat ilmu buku-buku saya. Menariknya, saudara berpeluang mendapat pulangan duit.
Penyertaan untuk program ini adalah percuma buat masa ini.
Semoga usaha kecil kita bersama ini dikira Allah sebagai amalan yang berterusan pahala untuk kita walaupun selepas kita mati nanti.
20% Komisen Dropshipper!
- Anda akan mendapat komisen sebanyak 20% daripada jumlah pembelian.
Contoh: Sekiranya pelanggan membuat pembelian kombo dua buah buku #AsamGaram yang berjumlah RM60, maka anda akan mendapat komisen sebanyak RM12.
- Sangat berbaloi kerana anda tidak perlu keluarkan sebarang modal. Bahkan apa yang perlu anda lakukan juga begitu mudah;
- Promosikan buku.
- Ambil tempahan, bayaran dan maklumat pembeli (nama-alamat-no.tel-emel).
- Buat tempahan dan pembayaran di sini (selepas diambil komisyen).
Jika berminat, sila daftar di sini.
Diskaun Sehingga 50%
Sebagai rakan dakwah yang berdaftar, anda juga berpeluang mendapat diskaun sehingga 50%.
Caranya, anda membuat pembelian tunai secara pukal buku kemudian menjualnya semula sendiri.
No. | Kadar Diskaun | Kuantiti Buku Yang Perlu Dibeli | Harga Senaskhah Selepas Diskaun | Untung Senaskhah | Jumlah Perlu Dibayar Termasuk Pos RM20* |
1 | 30% | 10 | RM21 | RM9 | RM230 |
2 | 40% | 30 | RM18 | RM12 | RM560 |
3 | 50% | 50 | RM15 | RM15 | RM770 |
* Menggunakan perkhidmatan KTM dengan jangkaan tempoh penghantarannya sekitar 5-10 hari.
Jika berminat, sila daftar di sini.
Mudah dan Senang, Insya Allah
- Semudah anda hanya perlu sebarkan sebarang perkongsian saya berkenaan buku yang akan saya lakukan dari semasa ke semasa.
- Bagaimanapun anda dibenarkan bahkan dialu-alukan untuk mengulas sendiri tentang buku mengikut kreativiti sendiri. Asalkan tidak melanggar hukum Islam dan undang-undang negara.
Berminat?
Daftar sebagai Rakan Dakwah Sekarang!
Tentang Penulis

Ustaz Luqman Makhtar berangan-angan untuk menghasilkan 300 judul buku. Beliau mula mengorak langkah sebagai penulis sepenuh masa dengan sebuah buku unik berjudul “Asam Garam Rumah Tangga Nabi SAW”. Sebelum itu beliau ialah editor majalah Solusi dan menghasilkan 10 buah buku.
Kenali beliau dengan lebih dekat.
Ikuti Saya di Media Sosial