
Latar Belakang
Penulis
- 20 siri buku Xplorasi al-Quran,
- 15 siri buku Jejak Sahabat,
- 10 siri buku kanak-kanak Ya Bunayya,
- 5 kitab terjemahan
- Dan 30 buku bestseller pelbagai tajuk.”
Juga seorang pereka permainan Islamik, penulis bersama beberapa buah komik Islamik. Kini sedang mengarahkan filem animasi Islamik pertama beliau.
Sebentar!
Yang di atas ialah maklumat diri yang saya angan-angan hendak tulis di sini pada 15 tahun akan datang, insya-Allah.
Saya Luqman Makhtar. Saya baru sahaja mengorak langkah menjadi penulis sepenuh masa. Angan-angannya saya hendak menghasilkan 300 judul buku. Sudah ada tajuknya. Cuma baru sekadar judul sahajalah!
Setakat ini pun saya baru berjaya menghasilkan 12 buah judul sahaja. Begitulah, niat kita selalunya lebih baik daripada perbuatan. Sekurang-kurangnya dapat pahala niat kan?
Saya mula mengorak langkah sebagai penulis sepenuh masa dengan buku ke-11 saya yang berjudul “Asam Garam Rumah Tangga Nabi SAW”. Sangat menarik buku ini! Bukan kerana saya yang tulis, tetapi kerana hadis-hadis rumah tangga Nabi di dalamnya yang patut diketahui setiap pencinta Nabi. Saya hanya menghimpunkannya saja.
Sebelum itu saya menjadi editor majalah Solusi terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Di sana saya membina jati diri penulis di samping menghasilkan 10 judul buku.
[SOCIAL MEDIA]
Sepintas Tentang Saya
- Lahir 21 Mac 1984
- Kelahiran Bachok, Kelantan
- Isteri, Saaidah binti Abdul Jamil.
- 5 orang cahaya mata.
- Menetap di Rawang, Selangor.
Hidup Ini Singkat, Tinggalkan Manfaat Untuk Akhirat.
Pengalaman kerjaya setakat ini:
- Jan, 2017 – Ogos, 2018: Ketua Editor Kumpulan Majalah, Telaga Biru Sdn Bhd.
- April, 2013 – Dis, 2016: Editor Majalah Solusi, Telaga Biru Sdn Bhd. Bermula isu 55 hingga 99
- Feb, 2012: Subeditor Majalah al-Ustaz, Telaga Biru Sdn Bhd. Bermula isu 3 hingga 16.
- April 2011 – Feb 2012: Pensyarah, Kolej Komuniti Selayang, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- Jan 2009 – April 2011 Pensyarah, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
- 2007 – 2008: Pengarah dan perunding motivasi, One Saff Resources.


Jangan Pernah Berhenti Belajar
Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (Usul Fiqh/Komunikasi)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2007
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris 2009
Matrikulasi
Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2004
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Maahad Saniah ,Pasir Puteh, Kelantan 2001
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Maahad Saniah ,Pasir Puteh, Kelantan 1999
Sebelum itu…
- Machar Academy, Aberdeen, Scotland
- Sunnybank School, Aberdeen, Scotland
- Quarryhill School, Aberdeen, Scotland
- Sek Keb. Taman Sri Gombak, Gombak, Selangor.
- Keb. Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.
- Tadika Islam Tanah Rata, Cameron Highland, Pahang.
Mana tahu, sesiapa yang pernah belajar di tempat yang sama. Jom kita berukhuwwah!
Kenang-kenangan
2007
Al-Habis (bukan al-Hafiz) – Berjaya menyempurnakan hafalan 30 juzuk Al-Quran dalam program tahfiz UIAM
2006
Pelajar terpilih – Menyertai program pertukaran pelajar pertama UIAM-Universiti Sharjah, UAE.
2003
Pelajar terbaik – Jabatan Ilmu Wahyu di Pusat Matrikulasi UIAM
2001 – 9A, SPM
1999 – 9A, PMR
Minat Saya
Saya sangat suka mengkaji riwayat hidup sahabat Nabi. Saya hendak mengkaji mereka, sehingga saya dapat bayangkan kehidupan harian mereka.
Saya juga sangat minat untuk mengaplikasikan pendekatan kreatif (creative education) dalam pengajaran dan pembelajaran Islam. Moto saya, memasyarakatkan ilmu syariat.
Yalah, yalah. Sekarang saya hendak sebutlah…
Saya juga meminati komik Jepun (manga) dan filem Barat khususnya filem animasi. Baik, baik. Saya betulkan; saya sangat meminatinya. Bukan pada aspek hiburan tetapi aspek kreativiti mereka menyampaikan mesej, sinematografi, membina plot bla, bla, bla.
Saya selalu berdoa agar minat-minat ini boleh saya tukarkan kepada manfaat-manfaat untuk umat.


Tentang Luqmanmakhtar.com
Laman sesawang ini ibarat studio kerja, galeri atau boleh juga perpustakaan hasil kerja saya. Ya, perpustakaan mini sahaja. Di sini saya akan merakamkan hasil karya terkini dari semasa ke semasa.
Jika dibandingkan dengan orang lain yang hebat-hebat, apalah sangat hasil karya saya ini. Cuma saya mengharapkan perpustakaan mini ini terus dikunjungi dan diambil manfaatnya walaupun setelah saya tiada nanti.
Saya tidak pernah melihat diri sebagai seorang yang banyak tahu. Kerana saya tahu betapa banyak perkara yang saya tidak tahu. Dan banyak lagi perkara yang saya hendak tahu. Cuma saya merasakan perlu untuk berkongsi apa yang baru saya tahu.
Tidak mengapalah jika bukan ahli ilmu, menjadi penggerak ilmu pun jadilah!
Entah mengapa, pesanan Nabi ini sedang bergema-gema di benak:
“Apabila anak Adam meninggal dunia, terputuslah semua amalannya melainkan tiga;
- Sedekah yang sentiasa mengalir manfaatnya,
- Ilmu yang dimanfaatkan,
- Dan anak yang mendoakannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Tentang Penulis

Ustaz Luqman Makhtar berangan-angan untuk menghasilkan 300 judul buku. Beliau mula mengorak langkah sebagai penulis sepenuh masa dengan sebuah buku unik berjudul “Asam Garam Rumah Tangga Nabi SAW”. Sebelum itu beliau ialah editor majalah Solusi dan menghasilkan 10 buah buku.
Kenali beliau dengan lebih dekat.
Ikuti Saya di Media Sosial