5 Pesona Surah Ali Imran
Ali Imran bermaksud keluarga Imran. Surah yang kedua terpanjang ini sungguh istimewa.Ayuh kita meninjau beberapa pesona surah ini yang mungkin kita tidak perasan sepanjang berulang kali membacanya. 1 Surah Sehebat al-Baqarah Surah Ali Imran boleh diibaratkan sebagai kembar surah al-Baqarah. Selain daripada kedudukan yang sebelah…
9 Perkara Menarik tentang Surah al-Baqarah yang Patut Kita Tahu
Erti al-Quran pada tadabbur. Al-Hasan bin Ali berkomentar: “Generasi sebelum kamu (para sahabat) melihat Quran sebagai surat-surat daripada Tuhan mereka. Malam mereka mengkajinya, siang pula mereka mempraktikkannya.” Pada ruangan ini, mari kita meneliti 9 perkara yang mungkin kita terlepas pandang sepanjang berulang kali membaca surah…
6 Perkara tentang Surah Yasin yang Mungkin Anda Tidak Perasan
6 Perkara tentang Surah Yasin yang Mungkin Anda Tidak Perasan Jika sebut malam Jumaat, terus kita teringat pada surah Yasin. Kira-kira sudah berapa ratus, jika tidak beribu-ribu kali kita khatam surah ini sehingga kini? Maknanya, kita -sepatutnya- sudah faham luar dan dalam tentang surah istimewa…
Jalan Cerita Surah Yasin
Al-Quran tidak dibukukan dengan berperenggan-perenggan ayatnya. Tidak juga dipecah-pecahkan kepada subbahagian atau bab berdasarkan cerita dan mesejnya. Namun bukan bermakna elemen-elemen ini tiada. Berdasarkan pengamatan, sebenarnya kita boleh membahagikan surah Yasin kepada lapan subbahagian sebagaimana berikut: Ayat 1 hingga 12 : Mukadimah- Muhammad benar-benar rasul….
Kisah Ini Hanya Terdapat dalam Surah Yasin
Manusia suka cerita dan kisah. Maka tidak hairan Allah menghiasi al-Quran dengan aneka kisah. Bukan sekadar kisah, tetapi kisah bertarbiyah penuh ibrah. Ada kisah yang diulang sebut di beberapa tempat. Ada juga kisah yang hanya disebut sekali sahaja, antara kisah ashabulqaryah. Kisah ini hanya disebut…
Mereka Menangis Mendengar Surah Yasin
Siapa yang pernah menangis ketika membaca surah Yasin atau mendengarnya? Jujurnya, saya juga tidak pernah! Cuma ada orang bukan Islam yang menangis semasa mendengar bacaan surah ini! Dalam satu riwayat, al-Najasyi mengutuskan serombongan 30 orang terbaiknya kepada Rasulullah di Madinah. Dalam pertemuan itu, Rasulullah memperdengarkan…
Nabi Yusuf Pun Sebenarnya Berniat Curang
Allah berfirman, وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَنْ رَأَى بُرْهَانَ رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُخْلَصِينَ “Dan sebenarnya perempuan itu berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf juga berkeinginan kepada perempuan itu kalaulah dia tidak melihat kenyataan Tuhannya. Demikianlah kami ingin menjauhkan…
Patutlah Surah Yasin selepas Surah Fatir?
Sebelum surah Yasin ialah surah Fatir. Fatir bermaksud Pencipta, merujuk kepada Allah. Soalan; Mengapa surah Yasin disusun selepas surah Fatir? Walhal dari segi turutan penurunan, surah Yasin ialah surah ke-41 diwahyukan, selepas surah al-Jin, sebelum surah al-Furqan. Cuma dalam susunannya dalam al-Quran, Yasin surah ke-36….
30 Ayat Rumah dalam al-Quran
Mukmin dan al-Quran berpisah tiada. Apa tidaknya, al-Quran itulah buku panduan untuk kita hidup berjaya di dunia dan akhirat. Berbincang tentang rumah, apa ayat Allah yang terlintas di fikiran, ya? Perasan atau tidak, terdapat lebih 30 ayat yang merakamkan kalimah “rumah”. Ada antaranya yang berkaitan…
10 Suara Wanita yang Dimartabatkan al-Quran
Antara penyebab konflik rumah tangga ialah suami ego daripada mendengar buah fikiran isteri. Baginya isteri hanya perlu menurut. Cadangan isteri tidak lebih seperti rungutan dan leteran kosong. Awas, bukan begitu sikap pencinta Nabi! Suara wanita ada nilai untuk didengari. Siapakah yang mencadangkan Rasulullah agar merujuk…
- 1
- 2
- Seterusnya
Tentang Penulis

Ustaz Luqman Makhtar berangan-angan untuk menghasilkan 300 judul buku. Beliau mula mengorak langkah sebagai penulis sepenuh masa dengan sebuah buku unik berjudul “Asam Garam Rumah Tangga Nabi SAW”. Sebelum itu beliau ialah editor majalah Solusi dan menghasilkan 10 buah buku.
Kenali beliau dengan lebih dekat.
Ikuti Saya di Media Sosial