Berikut saya kongsikan catatan ringkas peribadi saya berkaitan peristiwa ini. Sangat berguna untuk saya sendiri setiap kali mengulangkajinya. Saya berharap saudara pembaca pun begitu.

Fakta Utama

  1. Berlaku antara tahun 35H hingga 41H. Lebih kurang dalam lima tahun.
  2. Dua perang saudara meletus:
  3. Perang Jamal. Antara Sayidina Ali dengan Ummulmukminin Aisyah.
  4. Perang Siffin. Antara Sayidina Ali dengan Sayidina Muawiyah.
  5. Talhah bin Ubaidillah dan Zubair bin al-Awwam antara sahabat besar yang terbunuh dalam tragedi ini. Mereka berdua termasuk 10 sahabat yang dijamin syurga.
  6. Muncul kumpulan Khawarij, yang menentang kedua-dua belah pihak.
  7. Berakhir dengan Sayidina Hasan menyerahkan khilafah kepada Muawiyah.

Latar Belakang Situasi

Sayidina Uthman dan beberapa orang ahli keluarganya dibunuh oleh kumpulan pemberontak di rumah beliau. Pemberontak bersembunyi dalam masyarakat sehingga sukar dikesan.

Sayidina Ali mengambil alih kepimpinan yang sudah bergolak. Sebagai khalifah yang baharu, apa yang patut dilakukan terlebih dahulu? Menstabilkan pemerintahan dahulu atau melancarkan siasatan dan menghukum mereka yang terlibat dalam pemberontakan berdarah tersebut.

Di sinilah para sahabat berbeza pandangan.

Sahabat berpecah kepada tiga kumpulan:

  1. Kumpulan Kerajaan (bersama Sayidina Ali)

Agenda: Mengukuhkan kerajaan dan mengembalikan kestabilan dalam masyarakat yang agak goyah sejak kebelakangan itu terlebih dahulu.

  • Kumpulan Pembangkang

Agenda: Menegakkan keadilan buat keluarga Uthman terlebih dahulu.

  • Kumpulan Berkecuali

Agenda: Mengambil sikap memantau keadaan dan berusaha meredakan ketegangan. Mereka ialah majoriti.

Garis Masa Tempoh Pertelingkahan Sahabat

35 Hijrah

Kebanyakan para sahabat berbaiah. Segelintir sahaja yang enggan.

  • Sayidina Ali memindahkan pusat pentadbiran dari Madinah ke Kufah.

36 Hijrah

  • Delegasi sahabat Nabi dari Madinah yang diterajui Sayidatina Aisyah berangkat ke Kufah.
  • Perang Jamal tercetus.

Talhah dan Zubair terkorban. Sayidina Ali menghantar pulang Sayidatina Aisyah ke Madinah.

  • Sayidina Ali memanggil Muawiyah menghadap tetapi beliau enggan.
  • Sayidina Ali menggerakkan tentera ke Syam.
  • Perang Siffin meletus.

37 Hijrah

  • Perang Siffin berterusan.
  • Peristiwa tahkim.

Sidang damai kemuncak antara kedua-dua belah pihak namun gagal.

  • Muncul kumpulan Khawarij.
  • Peperangan Siffin berakhir.

Tentera Muawiyah mendominasi peperangan. Sayidina Ali kembali ke Kufah, gagal membuatkan Muawiyah berbaiah kepadanya.

38 Hijrah

39 Hijrah

  • Wilayah Islam mempunyai tiga kepimpinan. Muawiyah di Syam, Amru bin al-‘As di Mesir dan Ali bin Abu Talib di Kufah dan Hijaz.

40 Hijrah

  • 17 Ramadan- Sayidina Ali ditikam oleh Ibn Muljam daripada kumpulan Khawarij.
  • 21 Ramadan- Sayidina Ali meninggal dunia.

Hasan bin Ali dibaiah sebagai khalifah.

41 Hijrah (Tahun Penyatuan)

  • Sayidina Hasan menyerahkan kepimpinan kepada Muawiyah.