Al-Quran tidak dibukukan dengan berperenggan-perenggan ayatnya. Tidak juga dipecah-pecahkan kepada subbahagian atau bab berdasarkan cerita dan mesejnya. Namun bukan bermakna elemen-elemen ini tiada.

Berdasarkan pengamatan, sebenarnya kita boleh membahagikan surah Yasin kepada lapan subbahagian sebagaimana berikut:

Ayat 1 hingga 12          : Mukadimah- Muhammad benar-benar rasul.

Ayat 13 hingga 29        : Kisah ashabulqaryah.

Ayat 30 hingga 44        : Tidakkah mereka perhatikan tanda-tanda ini?

Ayat 45 hingga 54        : Nah, ini akibatnya!

Ayat 55 hingga 59        : Wah, ahli syurga!

Ayat 60 hingga 70        : Inilah jahanam!

Ayat 71 hingga 76        : Tidakkah manusia perhatikan? 

Ayat 77 hingga 83        : Tidakkah mereka perhatikan? 2.0

Insya-Allah, dengan mengetahui “jalan cerita” ini, pembacaan kita bertambah seronok.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lagi mengenai surah Yasin. Apakata anda teruskan beraktiviti dengan buku saya Xplorasi Yasin.