Buku ketiga siri Asam Garam ini saya judulkan  dengan Asam Garam 3; Meriahnya Rumah Tangga Nabi. Idea buku ini datang kemudian semasa saya sedang mengumpul babak-babak rumah tangga Nabi untuk buku pertama. Ketika itu saya berkata kepada diri sendiri, “Banyak juga babak Nabi dengan ahli keluarga Baginda yang lain yang aku tidak tahu!”

Setakat ini saya sudah menemui lebih 100 babak yang sayang sekali jika kita tidak tahu, antaranya;

  1. Nabi bertemu semula kakak susuan Baginda.
  2. Nabi pujuk menantu merajuk.
  3. Nabi menangis anak angkat meninggal
  4. Nabi layan anak tiri
  5. Anak minta, Nabi tidak beri
  6. Nabi damaikan dua hamba yang bergaduh.
  7. Nabi mendukung cucu ketika solat.
  8. Nabi bawa berjalan sepupu.
  9. Nabi minta tolong ipar.
  10. Nabi tidur di rumah mak cik.

Mohon doa semua agar Allah permudahkan usaha ini. Amin, ya Rabb!